Perbincangan Kerjasama Bersama Pihak Industri (Hijrah Dagang Enterprise)

Satu perbincangan berkenaan peluang kerjasama bersama pihak industri bagi memohon geran Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta 2.0 (PPRN 2.0)  telah diadakan  pada 12 April 2022 di Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT), UMK Kampus Jeli. Matlamat perbincangan ini adalah untuk  membantu pihak industri dalam menyelesaikan masalah berkenaan rekabentuk dan fabrikasi mesin dan juga dapat membantu meningkatkan produktiviti syarikat mereka. Staf  akademik FBKT yang terlibat adalah Ts. Dr. Mazlan Bin Mohamed. Manakala, wakil pihak industri yang hadir adalah Tuan Nordin Bin Mamat iaitu selaku Pengarah Urusan Hijrah Dagang Enterprise.

Ts Dr Mazlan Mohamed